Arsip Blog
Tulisan Ustad Salim A. Fillah, Menyentak Nurani Muslim Indonesia
Bila Kebaikan Yang Kita Buat Dibalas Tuba..
“Aku baik tau dengan sahabat-sahabat aku.
Semua yang mereka mahu aku cuba dapatkan. Apa yang mereka perlu, aku cuba cukupkan.
Tapi, bila tiba masa aku…”
Hajar diam. Tangannya di dahi, matanya layu memandang siling.
“Aku minta maaf. Aku juga sebahagian daripada mereka.”
“Aku tak maksudkan kau, Sara. Orang lain…”
“Ya, tetapi setidak-tidaknya pelajaran kepada orang lain itu pun perlu aku sematkan di dalam dada. Cuma yang perlu kau tahu, aku dan orang-orang lain itu manusia. Kami tak tak lepas daripada kesilapan.”
Nada Sara rendah. Mudah-mudahan ia berhasil sebagai pujukan kepada hati Hajar yang terluka.
“Aku bukan mengharap, tetapi tak bolehkah aku diberi sedikit penghargaan?”
“Siapa tempat kau berharap? Mereka atau Allah?”
“Mengharap Allah itu pasti, tetapi bila kebaikan yang kita buat dibalas tuba, aku rasa tak adil untuk aku…” Read the rest of this entry
Tere Liye Quotes (Bag. I)
Lidah dan Hati
Pada suatu hari, Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman mengeluarkan 2 keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman al-Hakim menyembelih seekor kambing, beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya
Pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi menyembelih seekor kambing. Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkan kepada tuannya. Read the rest of this entry
Cermin Kehidupan
‘Ya, cermin-cermin kehidupan inilah yang membawa kita mengenali erti kehidupan yang sebenar’
……………………………
‘Eh, Fyra cuba kau tengok si Zie tu. Tak pandai betul nak buat assignment ni. Pelik betul aku, benda senang je kot. Itu pun tak pandai. Kalau kita tak tengok, alamatnya ke laut la assignment kita ni’
Cermin Mata Kehidupan
Haii, apakah kata-kata itu dilemparkan untuk sahabatnya?
Masya Allah, terkejut mendengarnya bukan. Tapi, tidak mustahil berlaku. Ya, benar. Bukan di kalangan pelajar sahaja malah situasi sebegini berlaku kepada mereka yang bekerja.
Perasaan dengki dan cemburu malah buruk sangka juga melihat kelemahan orang lain tetap wujud di dalam nilai persahabatan. Aipp, kenapa jadi macam ni? Read the rest of this entry