Lidah dan Hati

heart2Pada suatu hari, Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman mengeluarkan 2 keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman al-Hakim menyembelih seekor kambing, beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya

Pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi menyembelih seekor kambing. Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkan kepada tuannya.

Tuannya berasa hairan dengan perbuatan Luqman itu, lalu dia memanggil dan bertanya kepada Luqman: “Wahai Luqman, bila saya meminta engkau mengeluarkan2 keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan lidah dan hati. Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan, engkau mengeluarkan lidah dan hati nya juga. Bolehkah engkau terangkan apa maksudmu??”

Luqman al-Hakim menjawab: “Wahai tuan, memang lidah dan hati itu adalah dua bahagian yang paling baik jika seseorang itu pandai memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang itu tidak pandai memelihara dan mengawalnya, maka kedua-duanya boleh membinasakan dirinya. Hati dapat menimbukan niat yang ikhlas dan baik. Ia boleh menimbulkan niat yang buruk dan jahat, curang dan dengki. Lidah pula boleh menuturkan kata-kata yang baik dan manis. Ia juga boleh memberi pengajaran kepada manusia. Sebaliknya ia juga boleh mengeluarkan kata-kata yang kotor dan keji. Ia juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia boleh berperang dan bunuh-membunuh.

(dipetik dari Wasiat Luqman al-Hakim oleh ustaz ahmad hasan)

Iklan

Posted on 16 Oktober 2013, in Renungan and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: