Monthly Archives: Desember 2012

Susahnya Menolak Cinta..


rejecting loveSebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam. Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.

Memang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

Read the rest of this entry

Iklan

Kaum Yahudi, Pasukan Utama Dajjal Penyala Api Peperangan

“Allah tidak menurunkan ke muka bumi -sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat- fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal.” (HR Thabrani 20/212)

Bahkan di dalam hadits lain Nabi Muhammad shollallahu ’alaihi wa sallam mengatakan bahwa segenap fitnah atau ujian yang bermunculan silih berganti di dunia ini adalah dalam rangka menyambut kemunculan puncak fitnah, yakni fitnah Dajjal.

Dari Sahabat Hudzaifahradhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Suatu ketika ihwal Dajjal disebutkan di hadapan Rasulullah saw kemudian beliau bersabda: ”Sungguh fitnah yang terjadi di antara kalian lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seseorang yang dapat selamat dari fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal), dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini –baik kecil ataupun besar- kecuali untuk fitnah Dajjal.” (HR Ahmad 5/389) Read the rest of this entry

Masalah Itu Manis!

“Jangan katakan kepada Allah kalau kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah  kita ada Allah”

“Jangan katakan kepada Allah kalau kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah kita ada Allah”

Ketika kita ditimpa sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.

Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan. Read the rest of this entry

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Amat kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan – angan  ini tenggelam perlahan – lahan.

Sungguh, semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi.

Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum: iaitu harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain. Read the rest of this entry

Tertawalah Dengan Kesalahan Diri Sendiri


laugh by glamz (devianart)

laugh by glamz (devianart)

Pernahkah kita mengalami hari yang malang? Apa yang terjadi sama sekali berbeza jauh dengan yang kita rencanakan. Kita sudah sangat hati-hati menyiapkan presentation yang sempurna hingga larut malam. Tapi oleh kerana kita terlambat bangun, laptop rosak, tiada elektrik. Kita terlewat masuk kuliah atau pejabat. Tersilap masuk dewan kuliah yang lain. Bahkan presentation yang dibuat sempurna kita tertinggal di rumah. Dapat marah pula dari bos / pensyarah. Perfect day for crying. Read the rest of this entry