Diposkan pada Muhasabah

Walaupun Hati Ini Masih Lagi Sakit, Masih Lagi Dalam Kesedihan

hati remukSeorang insan yang bergelar gadis, yang dulu dikenali dengan gadis yang lincah, periang, lasak, manja, yang suka bersosial bersama rakannya, mula berubah menjadi gadis yang impikan gelaran wanita solehah selepas mengenali seorang insan yang bergelar jejaka.

Kini tutur bicaranya di susun lembut, semakin pemalu dan amalannya juga dijaga. Yang wajib didahulukan, yang sunat diperbanyakkan, yang haram dijauhkan, yang mudarat dielakkan.

Dia juga sanggup meninggalkan kekasih yang dahulunya pernah menjadi insan yang terpenting dalam hidupnya. Yang sering menemaninya ke tempat-tempat yg mungkar. Lanjutkan membaca “Walaupun Hati Ini Masih Lagi Sakit, Masih Lagi Dalam Kesedihan”

Diposkan pada Renungan

Bila Kebaikan Yang Kita Buat Dibalas Tuba..

kebaikan

“Aku baik tau dengan sahabat-sahabat aku.

Semua yang mereka mahu aku cuba dapatkan. Apa yang mereka perlu, aku cuba cukupkan.

Tapi, bila tiba masa aku…”

Hajar diam. Tangannya di dahi, matanya layu memandang siling.

“Aku minta maaf. Aku juga sebahagian daripada mereka.”

“Aku tak maksudkan kau, Sara. Orang lain…”

“Ya, tetapi setidak-tidaknya pelajaran kepada orang lain itu pun perlu aku sematkan di dalam dada. Cuma yang perlu kau tahu, aku dan orang-orang lain itu manusia. Kami tak tak lepas daripada kesilapan.”

Nada Sara rendah. Mudah-mudahan ia berhasil sebagai pujukan kepada hati Hajar yang terluka.

“Aku bukan mengharap, tetapi tak bolehkah aku diberi sedikit penghargaan?”

“Siapa tempat kau berharap? Mereka atau Allah?”

“Mengharap Allah itu pasti, tetapi bila kebaikan yang kita buat dibalas tuba, aku rasa tak adil untuk aku…” Lanjutkan membaca “Bila Kebaikan Yang Kita Buat Dibalas Tuba..”