Mesir: Demi Kita, Mereka, Dan Islam

mesir

Mesir, sebuah negara yang tidak asing lagi. Ramai mengenali Mesir, dan memperolehi pemahaman dari sudut-sudut yang berlainan berkenaan bumi Mesir.

Minoriti daripada kita, mungkin hanya tahu secubit berkenaan Mesir. Dan sebahagian daripada kita, mungkin tahu lebih daripada itu.

Persoalannya, Mesir dan kita siapa?

Apakah kaitan kita dengannya? Kita Malaysia, dan Mesir hanya Mesir.

Dunia pada hari ini, menceritakan pada diri kita bahawa bukan soal Mesir semata. Tetapi, dunia yang sebenarnya ingin berterus terang pada kita bahawa diri kita berada dalam zon yang paling bawah. Kritikal.

Apa yang dimaksudkan dengan kritikal ialah, bahawa sikap umat Islam pada masa kini yang kurang sensitif. Bahkan ada yang lebih teruk daripada itu. Tiada deria rasa barangkali. Tidak peduli.

Adakah musibah ini yang dinamakan kekerasan hati?

Semenjak kejatuhan kerajaan Uthmaniah dahulu, Islam semakin merosot dan tersungkur. Bukan sahaja dari sudut ekonomi, pendidikan, dan teknologi.. malah, terlalu banyak perkara yang kita masih lagi di bawah.

Ya, di bawah. Namun, janganlah kerana ini.. kita mudah mengatakan ‘hero memang zero dahulu.’ Dan janganlah kerana ini, kita bercakaran sekalipun wujudnya perbezaan-perbezaan yang kadang kita merasa kurang setuju.

Berbincang secara adil dan rasional dalam mencari solusi itu adalah hal yang terbaik buat kita. Kerana, setiap orang berbeza-beza. Tetapi, dalam perbezaan itu bukanlah tiada jalan penyelesaian untuk kita. Fikirkanlah untuk mereka, untuk umat.

Isu Palestin, Rohingnya, Syria, dan kini Mesir adalah satu pembuktian bahawa umat Islam sangat bermasalah. Dan masalah ini semakin hari semakin merebak, dan meluas.

Dan hal ini, boleh direkodkan buruk di mata dunia. Sehinggakan, mereka yang bukan terdiri daripada kita, bukan beragama Islam menganggap Islam adalah pengganas.

Dari sudut keganasan, kita berada tangga pertama dan kita mengunggulinya. Relakah kita?

Bermula sekarang!

Ya, kita mulakannya semula. Semula!!

Kita mulakan dengan memperbaiki. Tidak lain adalah, perbaiki diri terlebih dahulu. Perbaiki ilmu kita. Perbaiki, akhlak kita, Perbaiki, adab kita, Perbaiki, pemikiran kita, Perbaiki, sikap kita. Perbaiki, hati kita, Perbaiki, akidah kita, Perbaiki segala yang kurang baik tentang diri kita.

Kerana, untuk berjaya bukanlah belajar daripada kesilapan sahaja. Akan tetapi, untuk meraih kejayaan itu, seseorang itu perlu membuat sesuatu daripada tidak berbuat apa-apa.

Tambahan, untuk meraih kejayaan itu, seseorang itu perlu melakukan sesuatu yang bermanfaat berbanding yang sia-sia. Kerana, perkara yang sia-sia itu hampir dengan dosa.

Dan dosa itu sebahagian daripada pendorong utama kegagalan dan kemunduran kita. Bahkan, dosa itu juga menyebabkan kita jauh dengan Tuhan kita.

Bagaimana kita ingin mendapat bantuan dariNya?

Bagaimana!?

“Ya Allah, kami memohon keampunan daripada-Mu atas sikap kami di dunia ini. Kami memohon keampunan daripada-Mu kerana terlalu mencintai yang lain selain-Mu dan rasul-Mu. Kami memohon keampunan daripada-Mu kerana acapkali ingkar pada agama-Mu. Ampunilah kami, kasihanilah kami. Kerana Engkau Tuhan kami. Engkau Tuhan makhluk yang di langit dan bumi. Engkau Tuhan Yang Maha Tinggi Lagi Maha Terpuji. Perdengarkanlah doa kami ya Allah. Perdengarkanlah pengharapan kami ya Allah. Perdengarkanlah rayuan kami ini ya Allah. Kerana Engkau Maha Mengetahui. Engkau Maha Bijaksana. Engkau Maha Perkasa.”

Source: http://www.akuislam.com

Iklan

Posted on 24 September 2013, in Mesir, Suara Pembaca and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: