Diposkan pada Semanis Cinta

Penantian Seorang Muslimah Akan Hadirnya Seorang Mujahid, “Tolong Sampaikan Pada Si Dia..”

tumblr_lw1v2uicjX1r1842so1_500

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. 

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. 

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. 

Tolong nasihati sia dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. 

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. 

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. 

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. 

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. 

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. 

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. 

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. 

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. 

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. 

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. 

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. 

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. 

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. 

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. 

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. 

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. 

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. 

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. 

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. 

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. 

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. 

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. 

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. 

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri… 

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia. Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia. Semoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.

Kadangkala hati ini tertanya-tanya, kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telah pun menemui mujahidku. Diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa harian ku. “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yang soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu, mengira setiap detik dan waktu. Impian itu menjadi kenyataan. Bersama-sama si mujahid, menemaninya dalam perjuangannya…

Eh? perjuangan?

Ya Allah…aku lupa lagi… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?

Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yang menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) ..

mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya?

“Katakanlah, “ Jika anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah?

Sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yng telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?

Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si mujahid yang teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang? sanggupkah? 

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka. lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! 

Banyakkan bersabar wahai diri…

Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??

Tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua.. Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

Semoga bermanfa’at

Source: http://www.pakarcinta.com

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s