Diposkan pada Muslimah, Nasihat, Semanis Cinta

Ombak Rindu – Mengapa aku harus Jatuh Cinta?

Apakah yang dimaksudkan dengan Cinta? Mengapa harus Cinta? Cinta itu banyak yang boleh didefinisikan tetapi secara umumnya ialah cinta itu adalah satu perasaan sayang dan kasih terhadap seseorang insan.

Cintaku ibarat ombak rindu..

Wahai kaum hawa, bagi mereka yang berada di dalam lingkungan remaja, fikirlah sedalam-dalam mungkin untuk Jatuh Cinta. Ingatlah bahawa anda mempunyai rakan-rakan anda di sekeliling anda. Berkawanlah dengan mereka dan habiskan masa dengan mereka . Yang pasti, selepas menikah, masa itu akan menjadi singkat bersama kawan-kawan anda!

Wahai kaum hawa, anda mempunyai ibu bapa yang menyayangi anda. Bantulah dan jagalah mereka sementara anda belum menikah. Selepas menikah, masa anda dengan ibu bapa anda sedikit terhad kerana keutamaan perlu diberi kepada suami anda kelak!

Wahai kaum hawa, bersediakah anda jika anda ditinggalkan pasangan? Fikirkan pula kesan terhadap diri anda yang telah dilukai. Jika benar, dia sayangkan anda, dia akan berjumpa dengan ibu bapa anda dan tidak akan menyentuh serta sanggup tunggu anda.

Wahai kaum hawa, sesungguhnya seorang lelaki itu seharusnya menghormati anda. Kaum hawa adalah perkara yang paling ajaib di dunia yang dicipta oleh ALLAH. Kaum hawa juga bukanlah mesin melahirkan manusia. Kasihanilah anak-anak yang dilahirkan didunia tanpa pintanya. Janganlah engkau bunuh dia….

Wahai kaum hawa yang dikasihi, dengarlah nasihat islam yang terakhir iaitu, carilah cinta itu melalui hati, bukan melalui paras rupa. Bersabarlah jika anda masih belum menemui cinta anda kerana cinta pertama itu lebih indah jika dibawa ke pelamin!

Cinta ALLAH itu hakiki, cinta manusia itu sementara!

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s