Diposkan pada Renungan

Cinta Seorang Pendakwah

Jatuh cinta bagi seorang aktivis dakwah bukanlah perkara biasa. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang pengembangan pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta  adalah naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda Allah.

Maka persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup. Seseorang yang tahu bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga agar selalu dalam bingkai keluarga daie.

Oleh kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga benar dan tidak melanggar syariat. Tidak perlu ada percintaan Islamik, tunangan syarie dan menggantung status.

Kata – kata, “Awak, tunggulah saya. Saya akan mengahwini awak dua tahun lagi”  tidak perlu ada. Sebab kata-kata ini tidak mengandungi kejelasan. Ia hanya menjanjikan sesuatu yang  tidak pasti. Pada hakikatnya dia pun juga tidak  perlu berjanji seperti ini. Janji ini seolah-olah tanda jadi atau pengikat, padahal ia buknn seperti itu. Ia hanyalah pelega dan syurga telingan sahaja. Ini kerana janji berkahwin dua tahun lagi tidaklah dapat dikatakan sebagai sebuah niat proses perkahwinan secara syarie

Kita juga tidak perlu menggantung status sebuah hubungan. Lelaki dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan sangat akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan diskusi. Mereka saling memberi harapan, tapi mereka tidak mahu disebut sebagai sedanng bercinta. Hubungan hati  mereka sudah selayaknya dua sejoli, tapi mereka  menolak disebut percintaan. Mereka lebih selesa dengan gelaran BFF atau penuhnya, Best Friend Forever. Hubungan seperti inilah yang sering kita sebut hubungan menggantung, tergantung dan tidak jelas. Si lelaki tak berani untuk jujur berkata ingin berkahwin dan wanita pun malah menikmati hubungan itu.

Jadi sebaiknya sebagai  seorang pendakwah segala sesuatu harus dijadikan teladan. Bagaimana diri kita menjadi contoh yang baik bagi masyarakatnya. Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin maka tekan minyak. Namun bila tidak mahu silakan tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita sudah merasa bersedia segalanya.

Siapakah pendakwah-pendakwah itu?

Jawapannya, kita semua.. :)

Source: http://www.akuislam.com

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s