Merangkai Kata Cinta Karena-Nya

Love by zhornik Merangkai Kata Cinta Atas NamaNyaKetika hamba hamba Allah yang beriman, mendeklarasikan akad di hadapan Allah, dihadapan manusia, juga penghuni langit yang menjadi saksi akad itu, maka di saat itu Allah menurunkan ketenteraman di hati mereka, bentuk kententeraman itu adalah timbulnya rasa kasih dan rasa sayang diantara mereka.

Inilah yang disebut CINTA. Pada jejak ini Cinta itu telah halal, telah Allah redhai, tumbuh , mekar dan bersemi indah di jiwa-jiwa mereka.

Tetapi perjalanan menikmati cinta ini, adalah kehidupan, adalah nafas panjang, maka harus ada bekal, kerana dengan bekal itu, kita berharap, sampai dengan selamat kedermaga Cinta kita, iaitu Syurga Allah, berkumpul kembali dengan isteri kita, dengan anak cucu kita.

Dijejak kehidupan inilah, kita mencuba mempersiapkan bekal, terus belajar, merangkai Kata Cinta di hati dan jiwa isteri kita, juga suami kita…..

Tentulah  dengan cara yang bersesuai dengan syariat…

Inilah sebahagian Rangkaian Kata Cinta seorang Suami terhadap Isterinya

1. Isteri memerlukan Perhatian dan Romantisme

Percayalah, perhatian dan romantisme adalah sesuatu yang melegakan seorang isteri. Anda tak perlu menjadi seorang pujangga untuk menaklukan isteri anda

Tetapi berilah sedikit perhatian dalam aktivitinya, seperti

“ Wah..Mujahidahku seharian buat kerja rumah.. penat ya… sini abang picit – picitkan ya…?”

Atau….

“Ummi sayang, abah belikan aiskrim ya..?”

Kalimat seperti ini akan menjadi “Ajaib” di telinga isteri anda. Kenapa ? Kerana kalimat seperti itu menyentuh emosi dan perasaannya, serta merawat kasih sayangnya. Ingatlah kuantiti menjadi penting bagi seorang isteri, kerana istri memerlukan perhatian kecil dengan kuantiti yang berterusan

Jadi jangan segan untuk menatapnya ketika anda akan berangkat kerja, dengan sinar mata  yang penuh kekaguman padanya,  atau membelikannya aiskrim

Semua itu adalah untuk satu tujuan, agar cinta dihati isteri kita terus bersemi indah di langit jiwanya.

2. Biarkan Isteri kita mengeluarkan “sampah” emosinya.

Setiap isteri memerlukan bicara, kerana bicara adalah sebahagian dari kehidupannya, berbicara membuat isteri tenang, dan terawat rasa kewanitaannya, dan secara ajaib menyelesaikan masalah-masalahnya

Dengan bicara maka sesungguhnya isteri kita sedang mengeluarkan “sampah” emosinya, disinilah peranan suami, untuk menjadi “TELINGA” untuk mendengar dan memahaminya.

Salah satu bentuk perhatian suami kepada istrinya adalah, ketika istrinya bicara maka pertahankanlah kontak mata dengan istrinya, ini akan membuat istri merasa nyaman dan diperhatikan.

3. Saling mengisi kekurangan

Ketidaksempurnaan adalah suatu yang wajar dalam sebuah pernikahan sebab demikianlah sifat dunia dan isinya. Oleh sebab itu ubat untuk menyelesaikan ketidaksempurnaan itu adalah dengan saling menyesuaikan harapan.

Jambatan harus dibina dan jambatan itu bernama komunikasi dari hati ke hati, hingga isteri kita faham, dan memahami segala  ikhtiar yang kita lakukan dalam mencapai impiannya itu.  Komunikasi yang dilakukan oleh kita diawal, membuat tiada kecewa di hati isteri kita.

Inilah sebahagian Rangkaian Kata Cinta seorang Isteri terhadap Suaminya

1. Suami Memerlukan “penghargaan”

Suami memiliki ciri khas,  jika ciri khas ini berjaya kita “kuasai” maka akan mengalir terus empati dan rasa sayang suami kepada isterinya.

Ciri khas itu adalah  suami memerlukan “penghargaan”.

Penghargaan ini kadangkala sering dilupakan oleh kebanyakan para isteri, padahal penghargaan itu boleh dalam perkara yang sederhana, tetapi memberikan efek yang luar biasa.

Contohnya, ketika seorang suami menghubungi isterinya, maka ucapan “terima kasih” atas kesediaannya menelefon itu, akan menimbulkan inovasi-inovasi baru di jiwa suami untuk selalu berdekatan dengan isterinya.

Inovasi-inovasi inilah hasil positif dari penghargaan itu.

2.Melihat dan memahami bila suami bersedia menjadi “pendengar” kita

Ini adalah tahap yang sulit  bagi seorang isteri, ketika “sampah” emosinya ingin segera dikeluarkan, tetapi keadaan waktu itu tidak mengizinkan si suami untuk mendengarkannya. Jika kita tidak memahami hal ini, maka yang ada adalah kesalahfahaman dan pertengkaran.

Disini diperlukan pemahaman, bahawa suami mungkin sedang letih kerana aktiviti pejabat telah meletihkan fizikal dan emosinya, maka mungkin ketika dia baru selesai mandi atau makan malam, mungkin  dia masih letih sehingga dia tak bersedia menjadi pendengar yang baik. Disinilah diperlukan penglihatan seorang isteri. Raut wajah dan tatapan mata suami kita, adalah bahasa yang perlu kita mengerti, apakah dia letih, atau ceria.

Maka biarkanlah suami kita sejenak, mengembus nafas, setelah itu sapalah dia dengan cinta

Percayalah disaat itu, seorang suami akan bertenaga menjadi pendengar yang baik

Juga menjadi faktor untuk menyelesaikan problem kita.

Merangkai Kata Cinta dalam NamaNya…

Temani aku dalam ketaatan padaNya

Selalu bersama tidak jemu berdoa kepadaNya

Agar hari ini aku dapat menjadi suamimu yang lebih baik dari hari kelmarin

Dan agar esok hari engkau menemukanku sebagai suamimu yang lebih baik dari hari ini……

Semoga goresan kata ini adalah doa

Menjadi penyubur cinta kita sayang…..

Selamanya aku mencintaimu.

 

Source: http://www.pakarcinta.com

Iklan

Posted on 20 Agustus 2011, in Al Islam, Nasihat and tagged , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: